>GADGET : IPAD DAN CARA NAK BELI KAT MALAYSIA

>


Hye salam guys,kejap je dah Sabtu dan esok dah Ahad.Saya ada kat Port Dickson ni sebab ada ‘family gathering’ kat rumah makcik (ni takde kena mengena dengan upacara pinang meminang ye).Yelah asyik2 ‘blogger gathering’ je kadang2 ‘family gathering’pun kena pergi jugak.Tak pasal2 saya dapat info business dari pakcik saya.Sebenarnya saya dengan beberapa orang blogger yang lain ada plan nak bikin satu gath tapi mungkin biulan 7 sebelum puasa kot.Kena tunggu semua free baru boleh yang tak best nya Mel mungkin dah tak lepak ngan kita dah sebab dia dah jadi ‘pure Johorean’.

Nak cerita pasal traffik pun tak best jugak sebab kalau cerita pasal traffik di hari Sabtu dan Ahad memang tak sesuai.Kebiasaannya traffik ‘weekend’ memang boleh buat blogger yang gila traffik (actually macam saya dulu) boleh jadi sedikit sewel.So saya buat sikit research pasal satu gadget ni.Saya memang pernggemar gadget (even tak mampu nak beli).Rasanya ramai yang dah tau pasal Ipad kan.Ipad ni kalau kita tengok bentuk dia memang lebih kurang macam Iphone just beza pada function dan saiz.Pada korang yang tak pernah tengok sila lihat gambar di bawah :

Amacam,smart tak Ipad ni?Bagi saya memang best la kan (walaupun nampak macam bentuk Iphone China saya.hak3).Kalau korang dah puas tengok gambar dia kita tengok spec dia pulak :


                     
Ok,kalau korang tak nampak tulisan tuh sila klik kasi besar ye.Itu saya adjust guna ‘paint’ je.Kalau nak diikutkan memang function dia sama je macam Iphone tapi Ipad ni ada kurang satu function iaitu tak boleh call or receive call sebab dia bukan telefon.Dia cuma gadget store and play yang mana korang boleh simpan fail dan transfer.

Yang buat benda ni menarik ialah interface dia dan function dia.Saya dengar kalau kita simpan ebook ke apa2 kita boleh buka helaian tu macam baca buku betul.Lagi satu yang best saiz dia memang agak besar kalau nak dibandingkan dengan Iphone tapi dia nipis je.So maknanya Ipad ni ringan je.nak lebih best jom layan video pasal Ipad ni :

Sekarang puas tak tengok.Ada terasa macam best tak?Saya kalau duit Nuffnang saya dah cukup memang saya ada berangan nak beli Apple Ipad ni.Sebab smart dan tak ramai yang pakai lagi.So bila saya pakai boleh la diumpamakan macam orang kaya yang pakai Kereta Ferrari.Ye memang ramai orang yang kaya tapi tak ramai kan yang pakai Ferrari macam Norman KRU.

Oklah nak tunggu depan TV sebab England ada match malam ni.Nak tengok apa strategi Capello.Mana tau bagus boleh ‘recommend’ boss baru Liverpool appoint dia jadi manager.

p/s:
*1* Mungkin lepas ni pergi sekolah dah tak payah pakai beg Swan lagi semua budak pakai Ipad dan mungkin penggunaan kertas dapat dikurangkan (bankrup la Indah Kiat).

*2* Ipad ni still susah nak cari kat Malaysia.Tapi jangan takut kalau korang minat korang boleh beli secara online dengan harga yang best dan reasonable sebab vshub ada buat promotion.Nak tau sila refer [sini].

*3* Credit to Apple for the Info

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Apple, Article, Blogging, Gadget, Ipad, Ipad Review. Bookmark the permalink.

10 Responses to >GADGET : IPAD DAN CARA NAK BELI KAT MALAYSIA

  1. Sendra says:

    >apa yang aku tahu tentang apple,mereka akan keluarkan gadget cuma untuk spek tertentu sahaja,dan ia akan keluakannya bak kata orang sehabis baik lah.kalau tengok phone mereka,cukup dengan 4 model je babe (campur yang terbaru iphone 4) dah cukup mantop habis dahh..lagi imac dorang semua,rasa profesional je yang pakai..aku rsa kalau seseorang tu dari semua gadget dia keluaran apple,memang habis cool lah orang tu.

  2. Epul Azimi says:

    >barangan apple suma mmg yg terbaek dan dorang buat mmg mengatasi kecanggihan yg ada di muka bumi ni,ah aku nk beli ipad tapi tak tau kt mana nk usha,………

  3. BeaN MorENo says:

    >sendra – aku mahu jadi cool seperti yang ko katakan…ahahaha

  4. BeaN MorENo says:

    >usha la kat vshub tu…aku dah kasi jalan dah kan

  5. helena's says:

    >aritu dah usha tgk kasut tu takde pon?

  6. BeaN MorENo says:

    >ada…cuba tengok betul2…kat hotpick

  7. >that is AWSOME..siyes cool…cair..hahaha

  8. BeaN MorENo says:

    >miro – haha..apa lagi…

  9. cikkiah says:

    >wooh..besau kowt…

  10. BeaN MorENo says:

    >cikiah – kalau tak silap saiz laptop

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s