>SEMUA ORANG BOLEH JADI BLOGGER TAPI BOLEH TAK KITA…

>


Selamat tengahari ye semua,sorry late update hari ni sebab banyak kerjalah pulak.Unify tak settle sekarang Amax Wimax pulak bikin hal.Dah semua tak boleh nak online.Lepas tu yang menjadi mangsa pastinya Mat Bangla berdiploma ni kan.Pergh penat berulang alik.Ingatkan router problem last2 pergi service center dia bagitau ada interuption la pulak.Yang Unify baru bagitau tak de laluan dari Riser ke premis.Pergh terbakar siot.Habis kitorang kat kolej ni kene online pakai streamyx yang kong ni.Jadi siapa yang patut kita percaya?


Oklah dah lama tak cerita pasal blogging kan.Cuma kali ni takde tips lah.Letih pulak nak buat research.Sekarang ni kalau korang perasan dah ramai yang nak jadi blogger.Setiap hari kalau kita usha Gengblogger mesti ada blogger2 baru daftar so Kong pun akan bertambah kong nak manage Gengblogger. hak3..Siapa Kong?Pergilah ngorat dia then korang akan kenal dia.

Sekarang fenomena blogging dah meluas dan ramai orang dah cuba untuk jadi blogger.Kalau dulu kita tengok ada beberapa blog je yang wujud dan sekarang ni dah top tapi sekarang ni kalau kita bukak shoutbox,macam2 nama baru terkeluar (tu belom lagi spammer macam dapat wang kan).Bila kita tengok kebanyakan dari blogger2 niat dia cuma satu yang utama iaitu Ads.Banyak yang berharap bila letak ads unit duit akan masuk dan boleh beli kereta Fairlady lah,boleh beli banglow lah atau mungkin buat hantaran kahwin.Maka terbentuklah satu blog yang mana ads unit bersepah2 kat sidebar dan header.

Ada pulak yang fikir dengan buat blog boleh jadi glamour.Boleh jadi terkenal dan naik nama macam Fasha Sandha or ada yang berangan nak jadi Justin Bieber.Nak bagi semua orang kenal dan mintak autograph.Konon2 nak berjalan atas red carpet (yang ni mungkin saya termasuk sekali.hak3).So mulalah tulis blog then tulis entry.Bila ramai yang dah kenal diri terasa best dan mula menulis something tanpa fikir perasaan orang lain.Kalau awal2 ada blog tulis punyalah berhati2 bila tengok angka follower dah dekat2 nak riban terasa best then condemn orang lain.Hentam sana hentam sini (macam perli diri sendiri je).Ada tak kita fikirkan benda2 ni?

Sebenarnya tujuan saya adalah nak ingatkan kat diri sendiri yang semua orang boleh jadi blogger.Semua orang boleh buat blog sebab bukan susahpun ada email then register kat blogspot dalam masa 15 minit nah…“Aku Dah Jadi Blooger!!!”…Senangkan tapi lepas kita ada blog adakah kita terfikir apa yang kita akan tulis selepas blogspot approve blog itu dapat beri kesan pada orang lain ataupun setakat tulis then biarkan je.Maksud KESAN yang saya cakap tu ialah :

1) Adakah penulisan kita mampu buat readers sedih/terasa lepas baca
2) Adakah penulisan kita dapat memberikan kegembiraan pada readers
3) Adakah penulisan kita mampu buat readers berfikir
4) Adakah penulisan kita mampu bagi info kat readers

Kesan2 ni sebenarnya yang akan membuatkan seorang blogger itu diingati bukan setakat tulis then cakap kita adalah blogger.Bukan takat tulis entry then hentam orang dan nak tunjuk kita ni bagus kita dah boleh cakap kita blogger bagus.Saya bukan tujukan entri ni pada insan2 tertentu tapi saya just nak remind diri sendiri yang saya bukan blogger yang hebat macam Kak Jie,Liza Razak ataupun Mel.Still takat tulis untuk release tekanan dan masih belum boleh nak cakap yang saya ni blogger sejati.hoho…

p/s :
– Masih takut nak jadi blogger kamikaze macam Kickdafella & Raja Petra

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bean Moreno, Bloggers, Blogging, Kickdafella, Life. Bookmark the permalink.

28 Responses to >SEMUA ORANG BOLEH JADI BLOGGER TAPI BOLEH TAK KITA…

  1. Encik Tikus says:

    >huhu, aku gemar menulis🙂

  2. BeaN MorENo says:

    >encik tikus – hoho..samalah kita

  3. nEo.. says:

    >1) Adakah penulisan kita mampu buat readers lepas bacap/s-ayat tu macam ada perkataan yg tertinggal.(maaf kalau saya yg salah)

  4. BeaN MorENo says:

    >neo – takpe2 sorry sebab preview yang biasa dah takde so saya nak check balik susah…thanks sebab perasan

  5. Hasrol Nizam says:

    >biar la ada something positif bleh kita bagi kepada reader, bukan skdr omong2 kosong..setuju2..biarpun kdg2 mengarut jugak kat blog tu.hehe

  6. nabilah_2908 says:

    >erm…setiap kali saya nk publish n3 baru..ke empat2 persoalan dlm n3 ni la yg bermain2 kt fikiran…and sngt risau kalau2 ada yg sakit hati dgn kata2 yg dr n3 sy..🙂

  7. BeaN MorENo says:

    >hasrol – tulah kadang2 kita terlepas pandang…main bo je tulis

  8. BeaN MorENo says:

    >nabilah – so kita kena beringat…tulis guna akal bukan lutut…hak2

  9. kak ina kl says:

    >betul..betul..betul…akak pun blogger suker suker jer

  10. merduwaty says:

    >nak jadi blogger memang senang tapi nak jadi blogger hebat yang sejati memang susah..sebab bukan semua orang suke apa yang kita tulis…

  11. eT says:

    >aku pon guna amax wimax…mmg skang ni xleh online langsung…geram jek rasa…

  12. BeaN MorENo says:

    >kak ina – aka celebrity blogger dah…hak3

  13. BeaN MorENo says:

    >jard – apa kau senyum bah…

  14. BeaN MorENo says:

    >merduwaty – sebab tulah kita kene belajar sikit2 lama2 jadi gunungp/s :- sila hidupkan komen anda ye merduwaty

  15. BeaN MorENo says:

    >et – 3 bulan waive hak3..

  16. JAI says:

    >Setuju kamek pun sik tauk gilak blogging tok..masih jauh lagik..sepatut kitak adakan subjek berblogging dalam kelas..ahaks..ahaks

  17. Matjoe says:

    >aku dh baca kak jie ngan mel. dua2 blogger yg best dan bertata tertip

  18. >mcm terasa je aku..hahahah

  19. BeaN MorENo says:

    >jai – kamek rasak pun gituk…hak3

  20. BeaN MorENo says:

    >mat joe – ya betul!!!

  21. BeaN MorENo says:

    >encix landax – jangan lah macam tuh…takde niatpun

  22. joegrimjow says:

    >kon tu lakihehee

  23. tehr says:

    >terima kasih kerana entri ni memberi peringatan kepada sayaapa pun yang ditulis oleh seseorang blogger ia sepatutnya memberi faedah kepada diri sendiri dan orang yang membacanya bukan memberi kesulitan

  24. BeaN MorENo says:

    >jo – hahahahaha

  25. BeaN MorENo says:

    >tehr – haah betul tapi ramai jugak blogger sekarang ni yang tulis hanya untuk kepuasan sendiri

  26. Aujinz says:

    >saya suka menulis..saya suka mengarut..tapi belum pernah lagi kondem orang..hikhik hik..

  27. ~Ann~ says:

    >sangat setuju…. masih banyak nak kena belajar ni.. wel aku kan budak baru.. sila la tunjuk ajarku sifu mr bean..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s