>NEWS : MALAYSIA CIPTA PLASTIK MESRA ALAM

>


Selamat petang Isnin.Hari ni agak kureng sikit idea dan memaksa saya mengambil alih tugas selaku reporter untuk Malaysia yang mana bezanya dengan reporter berita harian ialah saya dibayar gaji oleh Nuffnang.Amacam ada beran?Dah berjam2 saya fikir apa nak kongsi dengan korang tapi tak dapat jugak something mungkin sebab saya belum siapkan apa yang patut.Saya jenis tak kisah kalau korang nak kongsi asalkan bukan kongsi harta dan kongsi bini.hak3…

Tadi masa bosan2 saya ada cuba baca akhbar2 tempatan termasuk Berita Harian.Saya tertarik dengan satu berita yang mana tajuk dia ialah USM CIPTA PLASTIK MESRA ALAM.Wah Malaysia dah makin maju dan ada professor cerdik yang boleh cipta macam2 tau.Guest what apa yang kita tau plastik yang kita biasa guna diperbuat oleh bahan2 sintetik kan.Tapi hari ni sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Profesor Dr Hanafi Ismail telah berjaya mencipta plastik yang mampu terurai yang dinamakan Fruitplast.

Fruitplast merupakan hasil penyelidikan yang mana boleh menggantikan plastik yang dibuat daripada sistetik.Menurut Profesor Dr Hanafi Ismail ia diperbuat dari buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit belimbing.

“Kami telah menjalankan kajian degradasi ke atas Fruitplast dan ia telah membuktikan dalam keadaan dibuang, ia akan rosak dalam satu tempoh masa antara tiga hingga enam bulan. Kos mengeluarkan Fruitplast pula 10 peratus lebih murah,”kata Prof Dr Hanafi.

Ini bermakna Fruitplast ni kalau betul2, boleh digunakan sebagai ganti plastik sintetik yang kita guna sekarang sebab takde pencemaran alam.So tahniah kepada kumpulan penyelidik USM yang telah berjaya mencari alternatif lain bagi menggantikan plastik sintetik.

p/s :

– Lepas ni kilang plastik Tong Seng habislah bankrupt

-Mungkin juga hari tanpa plastic yang dijalankan setiap Sabtu akan dibubarkan…hak3
– Credit to Berita Harian untuk news di atas

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bean Moreno, Blogging, Fruitplast, News, Story, Suterablogger, USM. Bookmark the permalink.

8 Responses to >NEWS : MALAYSIA CIPTA PLASTIK MESRA ALAM

  1. ~ ReD ~ says:

    >YES2! x yah bawak bakul lagi..hehe

  2. sUfFeR8zInE says:

    >komen red x boleh bla😛

  3. BeaN MorENo says:

    >sufferzine – hahaha…komen dia memang tak boleh blah dan memang kreatif

  4. >wah.. bagus la..ingat nak cadangkan guna beg kertas, tapi takut plak pokok hbs kena tebang. heee😛

  5. BeaN MorENo says:

    >asada – hehe..itupun kira pembaziran jugak tu

  6. >em , dah byk da kuar cmni , plastik yg terbaru kan , polisterene yang dari sawit pun dah ade tapi tak guna secara meluas , apela . takut plastik ni pun same diorg xnk guna secara meluas . Jadi , sbb tu aku mls buat research , hahahak . Kalau aku buat research pun nnt diorg mesti xnk pakai ape hasil aku , hahahak .

  7. BeaN MorENo says:

    >ko buatlah kain yang diperbuat dari buah2 pulah…hak3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s