>TIPS : SEO WORKER JALAN MUDAH UNTUK BELAJAR SEO

>


Salam dan selamat pagi guys.Apa plan hari Sabtu ni.Saya macam biasa pergi kerja dan siapkan task saya.Perut tengah memainkan lagu2 RnB terhebat masa kini.Terasa macam nak makan bihun goreng yang dibungkus dengan surat khabar.Ntah bukak lagi ke tak stall kat bawah office ni.Tetiba mengidam pulak (uiks saya mengandung ke?).Cuaca kat luar hujan rintik2 awan bergelora so badan saya yang tersangat tough ini memang terasa kesejukan ni.Tapi alhamdulillah sebab dah lama tak hujan dan terlah menyebabkan semua pusat pembekalan air kering lalu banyak kawasan yang kena catu air.hak3…


Dua minggu lepas saya tetiba berminat nak kaji pasal SEO (Search Engine Optimization) dan SERP (Search Engine Result Pages).Puas saya belajar dengan setan (tanpa guru) pasal dua benda alah ni.Sebelum ni apa yang saya tau pasal SEO ialah Alexa & PR sahaja.Jadi selama 2 minggu saya bertapa dengan google termasuk mengkaji blog2 yang saya rasa hebat dalam permainan SEO contohnya macam Ariffshah,Kujie,Melz,dan Eyriqazz maka saya berjaya belajar sedikit pasal SEO.
Tapi hari  Rabu lepas saya terjumpa satu website pasal SEO yang mungkin dapat tolong kita.Website tu nama dia SEO WORKER.Apa yang ada dalam web ni?Hm,dengan guna blog ni korang boleh belajar benda basic pasal SEO dan korang boleh guna SEO tools yang ada kat web ni.Dengan SEO tool ni korang boleh suruh diorang analyze apa kesilapan coding blog korang yang mana block Seach Engine Bots daripada merayap kat blog korang dan juga dapat perbaiki traffik yang datang mengalir ikut SERP.Simple je apa yang korang kena buat hanyalah masukkan url blog korang jangan letak permalink ye sebab ini bukan kontest Project Alpha.Lepas tu SEO WORKER akan bagi result dan apa yang korang perlu betulkan.Apa yang bestnya siap ada video tu der.hak3…Menarikkan,jadi kalau korang berminat nak cuba dapat result melalui SEO apa kata korang try belajar dari web ni dulu.Saya pun still tengah godeh2 lagi benda ni.
p/s :
– Ingatkan nak buat SEO ni senang je rupanya boleh botak rambut jugaklah

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bean Moreno, Blogging, SEO., SERP, Suterablogger, Tips, tips blogging. Bookmark the permalink.

9 Responses to >TIPS : SEO WORKER JALAN MUDAH UNTUK BELAJAR SEO

  1. Sendra says:

    >aku macam rasa orang yang main SEO ni macam orang main cheat dalam game..betul ke macam tu eh??tunjuk ajar ku tolong..aku tak tahu.

  2. BeaN MorENo says:

    >bukan lah…SEO ni satu permainan dimana ko connestkan keyword2 yang ada dalam blog ko kepada serach engine.So bila orang serach kat search engine ko dapat gunakan algorithma PR ko untuk dapat traffik dan tersenarai pada search engine

  3. kisahsensasi says:

    >Kalau dapat faham SEO memang dapat tolong blog kita kuar dalam 1st page SERP

  4. >bro… naper macam dah takde website… sbb bile klik link tue… kuar : The domain seoworker.com may be for sale by its owner!

  5. >bean : tak le bukak web tu pun???

  6. BeaN MorENo says:

    >sorry2 link tadi aku terlupa taip s.sekarang dah ok dah…

  7. Sharinginfoz says:

    >bagus ni siapa tak nak trafik tinggi kan..Jom Pizza Tesco

  8. >hahahk , ni lah yg aku tunggu .aku nk naikkan PR blog , sebab nk jadikan blog aku identiti lain pasni . selamat timggal blog .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s