>METAFIZIK : 3 ZON MASA…ANDA AKAN KEPENATAN KALAU FIKIRAN MELAYANG PADA ZON YANG SALAH

>


Selamat petang,bak kata aida be@rdot kalau time2 cuaca sejuk ni dapay makan goreng pisang dengan kopi o memang bestkan.Tapi malangnya lori goreng pisang makcik yang selalu saya beli tu hari ni takde.Mungkin cuti bersalin kot (pepandai je ko ni).Bila mata ternampak jam dah pukul 5.30 pm maka hati akan memaksa saya jadi pemalas dan hanya tunggu masa untuk balik rumah bermanja2 dengan aiensepet (dah macam orang gov pulak).Tadi lepas siap kerja saya terbaca satu komen kat blog saya.Komen dia macam ni :

entry tuk en bean yang baik hati…


http://aidabeardot.blogspot.com/2010/05/kantoi-lagi.html”


Ingatkan nak bagitau saya ada orang tengah kutuk2 saya ke apa.Sebab tajuk dia kantoi lagi.Last2 tengok rupanya kasi credit.Wah memang terharu saya sampai kena beli tisu kat 7 e tadi.hak3…Anyway thanks a lot sebab membuat entry khas untuk blogger cap ayam ni.Saya just share apa yang saya tahu je.Yang tak tau tu kalau ditanya memang saya akan jawab tapi tak sepantas kereta Fairlady 350z.

Dah lama saya tak cerita banyak pasal Metafizik.Ok hari ni saya nak cerita pasal 3 zon masa yang kita lalui.Rasa saya pernah bukak sikit kat entri lepas.Entri yang dah berkurun rasanya tahun 2008.Kalau nak baca sila ke [sini].Time saya tulis ni saya baru2 je nak belajar apa itu penulisan.Cara menulispun agak lain.Jadi jangan ketawa bila baca ye.

Ok saya recap balik apa itu zon masa.Zon masa adalah zon dimana kita akan lalu,belum lalui, dan yang dah lepas.Bila kita tak tau membezakan apakah itu zon masa kita akan terlupa yang kita akan terjerumus dengan satu penyakit yang dinamakan kekeliruan minda (pergh Bean ko dah macam Fadhilah Kamsah pulak).Menurut apa yang saya belajar zon masa adalah satu platform di mana kita boleh menghadkan pengeluaran tenaga berlebihan.Ini tiada kaitan dengan tenaga elektrik yang korang kena bayar bulan2 ye.

Sebagai contoh hari ni 21 Mei 2010.Itu zon masa yang sedang kita lalui dan yang patut kita selesaikan.Kebanyakan kita bila berada contohnya pada 21 Mei 2010 tapi pemikiran kita selalu nak advance ke depan.Mungkin untuk esok,lusa or yang lagi hebat fikir benda yang akan terjadi untuk bulan depan.Dah macam nujum dah.Ni contoh situasi kita dalam menghadapi zon masa :

“Alamak lusa boss nak jumpa aku…Mesti kene marah lah aku…apa nak buat ni”

Kita selalu fikir benda yang kita tak tau apa yang terjadi padahal pada masa yang sama kita ada kerja yang nak kena buat.Kita asyik berfikir dan berfikir dan berfikir (banyak betul dan).Tapi adakah dengan memikirkan apa yang belum terjadi itu kita dapat selesaikan masalah?Apa kata kita settlekan apa yang patut kita buat pada zon masa yang kita duduk tu.So bila settle then tunggu je hari tu tiba.Mungkin benda positif akan jadi.Tapi kalau kita asyik fikir apa je yang belom berlaku maka selalunya kita akan fikir benda negatif maka itu yang terfikir mesti boss akan marah.So bila kita tak settlekan kerja pada zon masa yang sepatutnya boss pun marah kita.Kan Negatif kan.

Kita juga tak kan lari daripada memikirkan suatu perkara yang telah lepas.Tak kisah lah benda tu happy ataupun sedih.Tak salah kita nak kenang benda yang lepas bak kata The Official – Remember Our Root.Tapi bila kita fikir dan fikir dan fikir.Adakah kita dapat ubah benda yang lepas.Tak mungkin melainkan Doreamon itu benar2 wujud dan boleh pinjam mesin masa untuk ke belakang.Contoh situasi zon lepas :

“Bro boss suruh kita organize makan2 tapi 2 tahun lepas kita buatpun tak ramai datang…Macam mana eyh,aku takut jadi macam last time je”

Tengok tu,benda dua tahun lepas nak cerita.Benda tu dah lama lepas,adakah dengan fikirkan benda tu kita dapat selesaikan masalah ataupun ubah sejarah dua tahun lepas tu?Takkan,so apa kata kalau kita buat planning untuk event tuh.Jadi tak jadi itu lain hal janji kita berusahakan.Kita analyze apa yang tak jadi dulu tu sebagai rujukan bukan memikirkan kegagalan lepas.

Oklah masapun dah time (hak3),saya kena balik rumah kalau ada mood or tak letih saya akan pergi Midvalley sokong Nara.Ingat bila kita tak berfikir mengikut Zon masa yang betul kita akan bazirkan tenaga kita yang sepatutnya kita gunakan ke jalan yang betul.

p/s :
– Lapar jap lagi nak pergi beli goreng pisang
– Fikir kedapan tak salah tapi jangan sampai jadi Tukang tilik tau…

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bean Moreno, Beautifulnara, Metafizik, Metaphysic, Zon Masa. Bookmark the permalink.

11 Responses to >METAFIZIK : 3 ZON MASA…ANDA AKAN KEPENATAN KALAU FIKIRAN MELAYANG PADA ZON YANG SALAH

  1. Sendra says:

    >Entry ni ayat dia pening sikit,tapi kali ke 2 baca aku baru faham apa maksud kau dengan zon masa..aku tadi mengemaskini aku punya entry2..mana comment tak terbalah,aku balas,mana entry yang tak kemas,aku justify balik..sampai ke makin lama punya entry,tiba2 aku rasa menyampah sangat kat diri aku yang dulu..sebab kalau kau nak tahu entry aku yang dulu2 kebanyakannya adalah cerita sedih aku je..sebab masa tu ada konflik sikit..so sekarang maintain single lebih happy tak fikir masalah..haha,tu entry okey..jadi apa aku nak sampaikan pada kau,untuk kita mengingat masa yang silam,ia ada kebaikan dan keburukan..keburukannya,aku rasa benci sangat kat diri aku,kenapa aku pernah jadi bodoh sebegitu..dengan cerita apa2 entah sedih memanjang..patutlah semua entry aku yang dulu takde orang comment..aku baca pun menyampah..serius..tapi kebaikannya pula,aku realize,aku dah berubah..aku dah tak macam dulu dan aku bersyukur sangat2..aku bersyukur kebanyakan entry aku dah tak lah sedih2 macam dulu,membosankan apa semua..aku dah berubah alhamdulillah..sekarang aku fikir,perlukah aku delete entry lama2 tu??aku macam nak simpan sebab ia macam kenangan,tapi lepas aku baca entry kau,aku macam nak look foward dan buang yang lama..camane eh?perlukah aku buang entry2 sampah aku tu??

  2. kak ina kl says:

    >akak lagi confius sendra..tak faham langsung..cuma faham ayat kat bawah tu ajer..sabar ajerlah kan

  3. Sendra says:

    >nampaknya aku seorang yang faham entry kau ni bean.tahniah kat aku sendiri.

  4. BeaN MorENo says:

    >sendra – "mengingat" benda yang lepas takpe tapi jangan "memikirkan".sebab bila kita memikirkan kita akan buang masa dan tenaga tanpa maju tapi bila kita mengingat benda yang lepas kita akan lebih berhati2

  5. BeaN MorENo says:

    >kak ina – mungkin saya terlalu gunakan bahasa muda mudi kot…hak3

  6. BeaN MorENo says:

    >encik tikus – simple je..tumpukan pada masa yang dihadapi

  7. BeaN MorENo says:

    >fateha – budak college memang susah nak faham…hak3 ni orang beriq 150 ke atas je faham…hak3

  8. BeaN MorENo says:

    >sendra mungkin ko baca entri metafizik aku semua ataupun ko memang minta nak tau

  9. Sendra says:

    >aku memang jauh lebih minat entry metafizik berbanding entry tips nuffnang..der,aku ada sedikit pendapat peribadi tentang tips nuffnang kau..aku suka juga tips nuffnang dari kau,sebab banyak benda yang aku tak tahu..segmen tips dari kau memang boleh jadi senjata kuat untuk blog kau.tapi pada pandangan aku,bila orang masuk blog kau,semata2 sebab nak tahu dan terpikat pada entry nuffnang semata2,macam menampakkan sangat motif blogging seolah2 untuk nuffnang semata2..itu pendapat peribadi aku lahh..tipu gila kalau aku cakap aku tak suka duit dari nuffnang..kalau tak buat apa aku bukan main semangat simpan envelope,surat gambar2 cek nuffnang aku tu semua..hak3..cuma pada aku jangan setiap kali buka blog kau,cerita tips nuffnang semuanya..sebab tu senjata kuat kau..hehe…ni bukan eavesdrop tw..aku tetap support suterablogger.com!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s