>TERSENTAK BACA ENTRI BLOGGER LAIN.ADAKAH SAYA DAH TERLANJUR?

>


Halooo how are you?Dah macam Abang Kassim pulak dah ni.Sejuk keadaan kat sini.Saya pulak perasan gagah tanpa bawak dan pakai sweater.So terpaksa bertahan dalam kedinginan aircond.Agaknya macam nilah yang dirasakan oleh ayam2 di dalam peti ais.Mungkin akan selsema kejap lagi so kena beli tisu banyak2.Nuffnang bagi saya satu kejutan lagi di hari Khamis ni (macam tau2 je malam ni malam Jumaat).Entri Break Free Digi saya terpilih untuk diletakkan kat list diorang.Wah sungguh berbesar hati.Saya malas nak print screen tapi kalau korang nak tengok sila baca entri [ni] dan boleh tengok kat blog Nuffnang.Thanks kat nuffnang sebab kasi backlink free kat blogger cap ayam ni.Mesti korang pelik asyik2 blog ni je kena pilih kan.Jangan prasangka buruk ok.Saya tak rasuah diorang mahupun berscandal dengan awek2 cun dalam Nuffnang.Kalau korang nak jadi cam tu pun bukan susah.Apa yang korang kena buat ialah :

1) Belajar menulis dengan baik
2) Tau trick untuk place korang punya entri
3) Cuba semua contest diorang

Dari tadi saya tak dapat nak bukak komen saya.Kepada pengomen2 sila bersabar saya akan reply bila blogspot tak biol lagi.Kalau korang perasan sekarang ni zaman di mana kebanyakan blogger tengah syok cari traffik (tak terkecuali saya).Tapi sekarang ni ada satu trend di mana banyak blogger terjebak dengan cara dapat backlink berantai.Sayapun tak pasti benda ni berkesan ke tak tapi dari segi mata kasar nampak macam boleh beri kesan.Tetapi korang kena ingat backlink berantai ni juga bakal merosakkan PR korang dan juga ia boleh dianggap sebagai “Fraud Backlink”.Jadi berhati2lah jika ingin memilih teman (apa kejadahnya ni?).Untuk buat jalan selamat sila dapatkan backlink dengan cara penulisan bukan dengan cara ini takut nanti korang menyesal dan akan keluar paper blogger terjun bangunan.

Tadi dengan keadaan internet yang berkelajuan siput babi saya cuma dapat blogwalk ke beberapa blog sahaja.Tetiba je down then sekarang baru dapat online semula.Macam2 cerita & entri saya dapat baca.Tapi agak tersentak bila baca satu entri daripada Jard.Saya mula terfikir semula apa sebenarnya itu blogging bagi diri saya.Dan tiba2 saya terasa macam matlamat saya dalam blogging ni terlari sikit.Jadi selepas baca entri tu saya ada buat satu kesimpulan untuk diri & blog saya :

1) KEJAR TRAFFIK

Dulu masa awal2 saya blogging,saya cuma terfikir nak ada blog untuk tiru Ajid.Buat entry merapu tulis post untuk sendiri ketawa.Tapi lately saya terjebak dengan budaya kejar traffik.Sampaikan ada satu time saya letih dan bosan untuk blogging.So kalau korang perasan topik lebih banyak pada tips lah,itu lah,ini lah.Semua benda nak jadi macam tulis semata2 nak traffik je.Bila dah jadi macam tu mulalah tulis ala kada je.Ibaratnya macam komposer buat lirik hanya untuk dapat royalty je bukan untuk hiburkan orang.Last2 kena kutuk dengan peminat.

2) KEJAR EARNING

Benda ni saya tak kejar sangat tapi dalam hati ada jugak terasa nak income juta2 dari Nuffnang.Siapa yang tak nak duit kan sebab nak masuk tandas sekarang pun dah kena bayar apatah lagi kalau nak beli handbag Louis Vuitton.Mungkin masa awal2 dulu perasaan ni agak bergelora dalam diri tapi saya disedarkan oleh Melz yang duit tu tak boleh bawak masuk kubur.hak3…So saya tak kisah sangat pasal earningpun cuma saya bagi cara2 yang saya guna or dapat dari blogger lain untuk korang guna supaya korang tak patah semangat.Tapi bila fikir2 balik kalau saya bagi banyak2 tips2 untuk earn dalam Nuffnang maka saya akan buat korang kejar benda tu.Saya akan rasa bersalah kalau korang buat tapi tak jadi lepas tu merungut then stop menulis.Jadi disebabkan saya bagi tips saya dah buat niat blogging korang lari.Owh memang takkan rasa best.

3) POPULARITY

Huh tipulah kalau saya cakap saya tak nak orang kenal saya.Saya tak nak hipokrit kalau boleh saya nak dikenali macam mana orang kenal Justin Bieber yang baru berumur 15 tahun (betul ke?).Yelah dari kecil sampai dah tua bangka ni saya asyik kena buli dan orang asyik ejek2 saya je.Jadi bagi saya tak salah kalau saya nak popular dengan blogging kan daripada saya popular dengan cara merompak ini adalah lebih bagus.Mak bapak pun bangga kalau kita popular dengan cara baik.Tapi masalahnya bila kita nak sangat popular kita akan buat kesalahan yang kita sendiri tak sedar.Kita mungkin akan bagi dosa free je kat orang lain.Yelah tak pasal2 orang akan meluat dan buat fitnah & tak pasal2 orang dengki dengan kita.So popular biar bertempat ye.

Oklah dah panjang sangat dah entri ni better cut the music (ooops itu ayat ahli WWF ye).Korang pun mesti faham saya kalau dah tulis entri berbentuk luahan perasaan ataupun bebelan harian memang panjang sampaikan Talian Nur pun tak dapat nak layan.So jom kita cuba betulkan niat blogging kita.Saya memang tengah cuba nak elakkan benda2 di atas sebab otak dah semakin layu.

p/s :
– Bila otak letih maka kerja jadi lembab sorry ye boss…
– Amacam best tak baca entri cecah lantai macam ni?


About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Artis, Bean Moreno, Bloggers, Blogging, Etika Blogging, Suterablogger, Traffic. Bookmark the permalink.

24 Responses to >TERSENTAK BACA ENTRI BLOGGER LAIN.ADAKAH SAYA DAH TERLANJUR?

  1. Anak Perak says:

    >semuanya betul. boleh x aku nk buat comment cecah lantai..hehe..

  2. SyuQ says:

    >blogging utk keseronokan dan kepuasan. lantaklah org kata syok sendiri ke. apa ke. tp yg penting kita tau apa yg kita buat…

  3. encik tikus says:

    >Aku pon same,comment tak boleh view.Tak tau apesal,and entry nih boleh menyedarkan kembali orang yg sudah terpesong.Syabas !🙂

  4. >bean.. lepas aku buat entri smlm.. aku terus tak tau nk hapdet ape daa.. wakakaka

  5. BeaN MorENo says:

    >anak perak – hak3…boleh2 ko kene belajar dengan sendra…dia hebat buat komen cecah lantai

  6. Nur -al- Ain says:

    >thanks😉 entry2 di sini byk membantuu ;))

  7. aRoL says:

    >bagus entri ko ni…aku memang suka baca kat blog ko ni, ada class.

  8. Kujie says:

    >dulu kini still sama – tulis je apa nak tulis…. kejar je apa nak kejarbaca saja kisah blogger sana sini, kutip yang baik – tinggal yg burukitu saja..rasanya rutin ini tak pernah berubah sejak dulu walau blogger dtg dan pergiada mood update, tak de mood merapu meraban je kat blog..sapa peduli…kita bayar domain dgn hosting dgn duit sendiri

  9. hazarimi ♥ says:

    >test market kat sini =)

  10. BeaN MorENo says:

    >Syuq – hehe betul tuh…

  11. BeaN MorENo says:

    >encik tikus – boleh tak sedarkan pengikut rasul kahar?hak3

  12. BeaN MorENo says:

    >Jard – hak3..memang lah sama lah macam aku sekarang nih

  13. BeaN MorENo says:

    >nur-al-ain – thanks a lot sebab sokong blog ni…

  14. BeaN MorENo says:

    >arol – tq bro…aku pun perlukan readers untuk maju

  15. BeaN MorENo says:

    >kak jie – hehe…kalau boleh nak je pergi rumah kakjie belajar…hak3

  16. BeaN MorENo says:

    >hazarimi – uiks…market apa…ha3

  17. helena's says:

    >betullah bean..tp zaman tu semua dah lepas dah.skng nih blogging untuk kepuasan jek..

  18. BeaN MorENo says:

    >cikhel – hoho saya blogging untuk dapat tiket wayang…anda jeles tak?hak3

  19. kak ina kl says:

    >baguslah nn dah nampak kamu..sebab kamu dah penat kipas dia orang..lepas ni tak yah guna kipas biasa..guna kipas helikopter pulak tau..ahaksss. jangan marah nanti kena jual..ehmmm akak blog isi masa lapang..pastu dapat duit..pastu dapat kawan..pastu dapat belajar masak cedap-cedap..pastu tu perasan glam lah pulak..sabar ajerlah kan..

  20. BeaN MorENo says:

    >kak inal – lepas ni kan saya hantar pembeku udara je kasi diorang tido terus…kak ina dah jadi diva sekarang ni…

  21. >Good write up Mr. Bean.. aku golongan yang #3.. ahahah~ =PyoursSH

  22. BeaN MorENo says:

    >hehehe…samalah kita

  23. Yatre Hayati says:

    >huhuhu…jalan2 mesti jumpa topic camni..hangat…heheh

  24. Kujie says:

    >kak jie – hehe…kalau boleh nak je pergi rumah kakjie belajar…hak3nak belajar ape?masak? cuci baju…erk..lipat baju..yg tu kak jie malas!hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s