>CULTURE : MUSIM DURIAN PERGI SEKARANG MUSIM BUANG BAYI

>


Adus agak bosan jugak pagi ni walaupun kerja bertimbun tapi nak hilangkan bosan dan ambil mood saya kena tulis satu entri (sebenarnya alasan untuk mengular).Tadi pagi saya dah berjaya tarik mood tapi tiba2 dia lari meninggalkan saya sekeluarga (tengok dah mula nak mengarut).Jadi lepas ni saya akan buat kerja habis baik sehabis baik.Hari ni dapat satu invite pergi tengok wayang cerita Decent 2.Sayapun tak tau best ke tak (yelah belom tengok lagi).Sebenarnya saya terlupa saya ada hantar comment kat blog Nuffnang.Bila Kak Tash tanya saya cakap tak dapat sebab terlupa.Nanti saya nak suggest kat Nuffnang supaya buat screening cerita Melayu pulak.hak3…

Saya agak kekok atau Mat Salleh cakap awkward menaip entry hari ni.Tetiba butang preview tukar jadi kat bawah, lepas tu bila preview tak keluar box cute lagi keluar terus bapak blog.Adus tak selesa lah.Saya lebih suka kalau box cute tu sebab laju dan lebih selesa.Nak check typo pun senang (padahal belambak typo.hak3).Saya tau korang nak tips kan.Sorry tu say malas nak tulis pasal tips sebab saya tengah belajar something.Kalau ok saya akan hebahkan serata alam.


Ok kalau kita tengok sekarang dah tak musim buah lagi dah.Semalam tengok orang jual durian pun sedih (pergh tetibe terbau durian ni).Tiba2 teringin nak makan durian la pulak (ko mengandung ke Bean?).Macam yang kita tau buah ni ada musim2 dia so bila tak musim nak mencari memang susah.Tapi bila takde musim buah sekarang dah ada musim untuk benda baru.Bukan musim Liga Perdana Inggeris mahupun musim La Liga sebab semua liga bola dah habis dan  team2 atas (kecuali Man U) dapat kemenangan berganda.Kalau kita perasan sekarang ni Musim Buang Baby.Pelik tetapi benar.Manusia dah berlagak seperti tuhan yang menentukan hidup dan mati.Boleh suka2 bagi nyawa then suka2 tarik nyawa.

Hari ni saya ada baca kat Utusan Malaysia (sejak bila ko baca paper Bean?) satu lagi kes buang bayi berlaku kat Melaka.Yang mengejutkan lagi ialah bila dapat tau umur mak bapak baby tu.Bapak dia baru berumur 19 tahun dan mak dia baru berumur 15 tahun.Mak aiyh bapak muda.Rasa macam tak patutpun lagi diorang ni kahwin sebab terlalu muda dan mungkin spender pun mak yang still belikan.Dengan selamba je buat “project” di usia muda.Pastuh bila dah tiba time takut bak hadap.Berani buat berani tanggunglah.Korang nak puaskan diri sendiri je.

Kalu korang dah tak tahan sangat silalah kahwin.Takpun kalau takde duit nak kahwin & buat kenduri besar2 nikah je dulu.Kira Nikah gantunglah kan so kalau terberanak rileks je takde masalah.Ataupun kalau dah sedar diri tu tak boleh nak kahwin sebab umur muda dan takut orang kutuk kalau nak jugak buat “project” silalah gunakan “snowcap” (tengok dah terajar pulak buat benda jahat).Tak mahalpun RM 9 je (uiks,ko pernah beli ke Bean?).Siap ada perisa lagi tau.Dari korang dah tanam benih tetiba korang pergi tebas hasil.Dosa berganda korang dapat.Korang tak tau banyak orang yang kahwin secara halal (termasuk yang kahwin kat Thailand) nak anak beb.Korang senang2 je buang.

Kesimpulannya kat sini sebelum nak buat apa2 silalah fikirkan apa yang akan jadi.Sayapun takde lah baik sangat walaupun tercalon dalam Program Realiti TV Imam Muda.Tapi dulu sejahat2 saya takdelah nak buat something yang boleh dapat bala sampai macam tuh.Kira takdelah melibatkan orang yang tak sepatutnya kena tanggung dosa saya.Saya kena tangkap polispun takde susahkan orang lain.Untuk korang yang nak buat dosa berganda silalah dengar lagu ni.Manalah tau lepas dengar lagu ni korang terus tak jadi buat project mega…


About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bean Moreno, Blogging, Culture, Emo, Utusan Malaysia. Bookmark the permalink.

9 Responses to >CULTURE : MUSIM DURIAN PERGI SEKARANG MUSIM BUANG BAYI

  1. >Bean, jumpa malam ni!!!

  2. Sendra says:

    >kau bila nak ada anak bean??weyh,kau jangan nak berdalih,kau dah lama sangat tak datang blog aku bean..aku cek kat community,takde langsung gambar kau..hehe

  3. BeaN MorENo says:

    >hakim – okies no hal

  4. BeaN MorENo says:

    >sendra – bro aku satu hari dua kali paling sikit masuk blog ko…support kawan2…visitor ko terlalu ramai untuk memuatkan gambrku yang jeita

  5. >ish ish, apela nasib….bean yang mengidam durian ke kak ain? hahaha

  6. BeaN MorENo says:

    >eyka – sayalah orang itew…

  7. >yahooo! malam ni nak tengok screening juga! harap dapat jumpa malam ni..nak berkenalan dengan bean!😀

  8. BeaN MorENo says:

    >FTN – sila2…saya ramah orangnya…hak3

  9. Sendra says:

    >bean!..lu ada scandal eh!!hahaha..usha ini..http://missbean88.blogspot.comaku tergelak je.kau ni ada geng rupa2nya..haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s