>KENAPA BAND INDON LAGI BEST DARI BAND MALAYSIA

>


Selamat malam,sekejap je dah pukul 9.Sekarang masa dah tak tunggu kita kejap je saya rasa umur saya dah 21 (ooops…).Saya tengah tunggu aiensepet balik sebab saya ada dua kerja satu hari.Siang menjadi IT support dan malam menjadi driver puan sri.hak3…Lepas baca entri sebelum ni mesti ramai yang cakap saya nak kipas Nuffnang.Owh tidak ye tuan2 & puan2.Bean Moreno tak tau pakai kipas2 Hang Lipo ni,saya terus pakai aircond Panasonic yang nyaman macam berada di dalam hutan.Kalau lah saya ni hebat kipas dah tentu sekali cash out RM15K tapi balik2 cashout Rm2..

Oklah biar saya tanya korang.Kalau diberi CD free antara Kumpulan Dewa 19 dan Kumpulan Newboyz mana yang korang ambil?Kalau tanya saya terus terang saya cakap saya akan ambil CD Dewa 19.Kenapa?Ok ni saya bagi pendapat saya kalau orang lain cakap lain itu bukan masalah saya.Bagi saya ada beberapa faktor yang menyebabkan band Malaysia kureng kalau nak dibangdingkan dengan band indon.

1) LIRIK

Kalau kita tengok band indon lirik dia memang macam kita pulak yang rasa.Padahal kadang2 dia tulis apa yang berlaku dalam diri dia.Lirik dia kita dapat nampak ikhlas dan bukan buat2.Kebanyakan band2 Malaysia buat lirik macam terpaksa buat.Mesej tak sampai kat pendengar.Macam buat lagu untuk duit je bukan untuk menghiburkan orang.

2) MELODI

Bila kita dengar je lagu indon melodi yang diorang buat memang menusuk kalbu.Kita dengar  banyak kalipun takkan bosan.kod2 gitar yang diorang susun memang teratur.Kira memang syoklah.Band Malaysia pulak buat melodi kebanyakannya serabut

3) LIRIK DAN MELODI TAK SYNCHRONIZE

Kebanyakan band Malaysia tak tau nak gabungkan irama dan lagu macam dah lupa pesanan P.Ramlee irama dan lagu tak dapat dipisahkan.Semua buat ikut dan je untuk keluarkan album.Muzik ke mana lirik ntah apa2. 

Entri ni bukan nak kondem.Cuma pendapat peribadi saya je.Tak bermaksud takde pemuzik ataupun penyanyi kat Malaysia.Apa yang saya maksudkan ialah kebanyakan.Bagi saya Malaysiapun ada band2 yang best macam Hujan,Bittersweet,Meet Uncle Hussein & Pesawat.Ramai jugak penyanyi2 yang best2 dan boleh buat lirik yang bagus macam Faizal Tahir & Aizat.Tapi bagi saya kan saya suka dengar lagu yang dicipta oleh Taja Meet Uncle Hussein (ni bukan sebab dia pakai nama papa saya ye).Lirik dia memang sampai dan mendalam.Kita kena dengar betul2 baru faham.

p/s :
– Kalau ditanya Liyana Jasmay boleh menyanyi ke tak.Saya akan kata pergi jelah dik berlakon…
– Lagu Wali Band pun walaupun ada unsur lawak tapi saya tak bosan dengar banyak kali

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Band, Bean Moreno, Indon Band, Music. Bookmark the permalink.

24 Responses to >KENAPA BAND INDON LAGI BEST DARI BAND MALAYSIA

  1. Ery Farieha says:

    >tp skrg aku dah suke lagu malaysialg2 FAIZAL TAHIR !ngeeeeeeee~

  2. BeaN MorENo says:

    >ery – haha.. itu betul…Faizal tahir punya lagu memang best

  3. >.sedey.terpaksa menolak cinta faizal tahir demi hairi .wuuuuuu~~

  4. cronixsoul says:

    >Rasenye tak jugak kowt! Aku tak suke lagu Indon.. suara sengggggaaaauuuu!! Geli tlinga aku mendengar! Perlu diingat! Malaysian Music Industry dah sampai ke barat! Indonn??? So, bagi aku la jangan nilaikan lagu Dewa dengan Newboyz, tu macam bezakan Cempedak dengan Nangka, dua buah seakan sama tapi berbeza!Cuba bezakan Dewa dengan Search, Bunkface atau Pop Shuvit. Baru ngam. Tapi lagu-lagu budak2 academy skang ni yg memonopoli carta. Sebab ape? Sebab yang sama lagu indon monopoli carta di Malaysia – Radio asek putar lagu tu, lagu tak best pon lama-lama jadi best sebab kena suap dengan lagu sama.Ape pun, semua orang ade citarasa tersendiri…

  5. >yup..lagu indon sangat2 touching..susunan lirik sgt teratur..ade msg yg nk disampaikan..

  6. >banyak penyanyi dapat lagu ciptaan orang lain..so jiwa dia 30 dkt lagu 70 lagi dekat majalah mangga…macam mana nak feel kan..macam kita tgh lapa lepas tu masak sendiri susah payah memang makan dengan perlahan sambil pejam2 mata.feel abess..lain kalau beli dkt mamak mesti lahap sampai lupa dah abes lepas tu tak tau sedap ke tak

  7. >ouhhh faizal tahir dan aizat adalahh harusss.band msia y best hujan, estranged, pop shuvit, MUH. aishh byk lagi lahh.btw, dlm byk2 lagu band indon lagu wali band sajek y x dpt msuk kpla i. ahaha.

  8. BeaN MorENo says:

    >fateha – hak3…ces perasan

  9. BeaN MorENo says:

    >cronixsoul – der aku memang respect orang macam ko!!!good job aku memang nak cari blogger berani yang akan letak komen berlawanan dengan idea aku…thanks tapi ko kene baca keseluruhan entri ni baru ko akan faham apa yang aku nak sampai kan…anyway nice komen!

  10. BeaN MorENo says:

    >elis – ye betul…hak3

  11. BeaN MorENo says:

    >hentak berlipat – itu satu kelemahan Band or artis Malaysia.lagu semua orang lain buat…

  12. BeaN MorENo says:

    >athirah ibrahim – hahaha…

  13. ~ ReD ~ says:

    >SETUJU SANGAT2 DENGAN PENDAPAT PERIBADI BEAN TU😉

  14. fyna says:

    >hehehe…beb..aku slalu bace blog ko..cume x sempat nk bg comment..meh cnie aku comment post ko yg nie…aku agak agree ar…sbb lagu2 dr indon nie byk yg ok bg aku…kire bley lyn ar….klu band m'sia nie…mmm..bile kire ngn jari nie je…

  15. BeaN MorENo says:

    >red – terima kasih cinta….untuk selamanya…..hak3..

  16. BeaN MorENo says:

    >fyna – thanks beb…ko memang supporter terkuat aku…hak3…

  17. fyna says:

    >huhuhuhu..pandai ko perli aku e?ye ar…blog ko canggih….x mcm blog aku..sob…sob.T.T

  18. Matjoe says:

    >so true. aku pon terlayan wali band. mmg sedap

  19. >h ha ha ha funny feeling post all is very fantastic.

  20. BeaN MorENo says:

    >fyna – mana ada aku perli…hak3

  21. BeaN MorENo says:

    >mat joe – lu memang best ar bro…hak3

  22. BeaN MorENo says:

    >organic seo -???

  23. Anonymous says:

    >Hidup band INDONESIA ………

  24. Anonymous says:

    >baND mALAYSIA TERLALU LEMBEK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s