>TIPS : BEAN MANA KO DAPAT IDEA TULIS ENTRY?

>


Dah petang dah.Sekejap je masa berlalu.Saya baru lepas tukar lampu untuk office ni.Asyik2 terbakar je bikin hati ini terbakar jugak.ces!Hari ni saya balik lewat sikit sebab aiensepet ada OT.so kena lah tunggu.Orang kata Suami Mithali kan (padahal baru lepas kena sound).Hari ni Hari jadi Kak Tash yang ke….Oooops itu rahsia.Nak tau tanya puan badan ye.Oklah Kak Tash Selamat hari jadi dan moga dimurahkan rezeki eyh.Saya tak dapat nak kasi hadiah la.Bagi yang tak kenal Kak Tash ni lah dia :

Adakah saya kelihatan ayu dengan posing yang macam ni?

Oklah saya tau korang memang nak sangat benda ni.Apa dia?lagi mau tanya ke kawan?Korang nak tips kan.hak3…Oklah dengan rela hatinya saya nak dedahkan rahsia saya.Tetiba ada orang tanya soalan macam ni :

“Bean otak ko ni diperbuat dari apa eyh?Ada je entri ko tulis.”

Untuk pengetahuan korang saya adalah robot yang boleh generate idea.hak3…Takde lah sebenarnya idea tu datang secara tiba2 tanpa saya panggil.Kadang2 masa saya tengah gosok gigipun idea datang dan takkan saya nak menulis time gosok gigi.yelah tangan ada 2 je beb.Kalau tangan ada lebih saya dah tulis dah.

Sebenarnya ada macam2 cara yang saya guna untuk dapatkan idea so takdelah blog tak update (kecuali disebabkan internet yang lembab + masa yang pack).Antara cara2 yang saya guna :

1) BLOGWALKING

Ramai yang rajin buat blogwalking tapi adakah kita blogwalking just nak panggil owner blog tu datang balik (kasi traffik) ataupun blogwalking dengan membaca.Tanya diri korang dulu.Kalau korang just masuk blog lain just bagi traffik itu adalah satu kesilapan.Sebab selain blogwalking untuk kasi traffik kita juga boleh dapat idea untuk menulis.Dengan syarat janganlah plagiat dan kalau kita rasa artikel tu best lepas tu nak ambil petikan sila beri link.Sebab plagiat ni umpama cetak rompak CD/DVD.

2) BACA MEDIA MASA

Alamak bahasa surat khabar la beb saya pakai.Kita baca artikel then kita akan dapat idea so tinggal nak olah ikut ayat sendiri je.Contoh kalau kita minat bola,just terus ke muka belakang surat khabar so kita akan dapat bahan apa yang kita nak tulis.Tengok apa isu yang best.

3) PEKA DENGAN PERSEKITARAN

Saya banyak tulis pasal apa yang saya nampak dan alami.Contohnya kalau saya pergi satu tempat tu memang best saya akan tulis apa yang best kat tempat tu.Contoh lain macam kita pergi makan kat satu restoran tu ada je yang tak kena so tulis tapi pandai2 la cover.Yang baik2 kita letak nama yang tak baik kita cover2 (takut kena saman.Cukup ke duit Nuffnang nak bayar saman?).

4) GUNAKAN SOCIAL NETWORKING

Yang ni memang saya suka.Banyak benda yang saya join untuk dapatkan idea contohnya YouthsaysBlogadvertisingstoreLinkwoth dan macam2 lagi.Dari sini kita just pilih topik je.Tapi untuk BAS dan Linkwithin semua dalam English.Jadi jangan terkejut kenapa tiba2 entri saya bertukar jadi Johny English.

5) BERGAUL DENGAN BLOGGER

Ok benda ni simple je.Tak semestinya apa yang kita fikir kita akan tulis.Kenapa?sebab tak semestinya apa yang kita fikir tu adalah minat kita.Kalau kita menulis sesuatu yang kita tak minat maka penulisan akan jadi SUCKS…Jadi bila kita communicate dengan blogger lain mungkin diorang akan kasi idea.So just tulis.Tak salah kalau kita bincang lepas tu tulis topik yang sama.Google takkan hantar email marah2 korang sebab tulis benda yang sama.Percayalah…

Jadi dengan hadirnya entri ni di alam maya korang dapatlah idea sikit kan.Ni cuma apa yang saya lalui tak sama dengan apa yang blogger lain buat.Sebab citarasa berbeza.Kalau citarasa sama dah ramai blogger nak kahwin dengan aiensepet (faham tak?kalau tak faham buat2 faham jelah).

p/s :
– Alamak tak nak panjang pulak entri ni.Takpelah kalau korang rajin bacalah sebab entri ni best (ada ke blogger nak cakap entri dia SUCKS…hak3)
– Lepas baca entri ni harap korang percayalah yang Bean Moreno adalah manusia

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Bean Moreno, Bloggers, Blogging, Blogwalking, Gembira, Happy Birthday, Idea, Menulis dengan Bagus, Motivation, Tips, tips blogging. Bookmark the permalink.

30 Responses to >TIPS : BEAN MANA KO DAPAT IDEA TULIS ENTRY?

  1. >.hepi besdae kak tash syggggg!

  2. Sendra says:

    >untung kak tash.semua org ada buat entry khas utk dia..perlu ke aku buat begitu juga??haha..bean,selepas entry ni,baru aku yakin kau ni manusia..sebelum ni aku pun ingat kau robot juga..

  3. BeaN MorENo says:

    >fateha – nyanyi2 cpat!!!

  4. BeaN MorENo says:

    >sendra o ikut ko lah…kalau kita igt orang,orang akan igt kita…ces tak sangka aku ko beranggapan sebegitu…

  5. Sakira says:

    >Ohh. Nice tips. Thanx for sharing ! :)Yang number 1 memang I amalkan. Most of the time, bila singgah – baca. And then I come up with my own post on that certain matter🙂

  6. BeaN MorENo says:

    >sakira – good2 macam nilah barulah blogger sebab blogger read + write

  7. >hahahak , hari ni bday kak tash rupenye .ceh , aku kalau takde idea , aku buat2 ade idea , hahahak . boleh ?

  8. BeaN MorENo says:

    >aus – ko punya pasal semuanya boleh…haha

  9. Natasha says:

    >timer kasih semua atas entry khas korang… sayang korg semua

  10. BeaN MorENo says:

    >kak tash – xde hal…

  11. Epul Azimi says:

    >dah wish hepi besday kt fb kak tash tadi…heheaku time ade idea time tu lah sibuk ngan keje..hehehe

  12. Eyriqazz says:

    >Bean byk idea coz dulu dia pernah jual watermelon..byk gelagat orang lalu lalang dia dpt perhatikan..hik3…aku masih teringat2 aku bygkan ko jual watermelon macam apek+pakai seluar pendek,pakai topi dan singlet…dushh…seharian aku gelak dalam hati sepanjang kursus tu..hak3..u make my day bean..

  13. BeaN MorENo says:

    >epul – patut masa ko dapat idea tu tulis

  14. BeaN MorENo says:

    >eyriqazz – adakah saya dianggap pelawak

  15. Eyriqazz says:

    >bean :taklah…entah kenapa terbayang wajah kau..mungkin coz nickname bean n teringat kat mr bean…hik3..jgn mara daa…

  16. >bufday kak tash? waa. hppy bufday!!

  17. >bean sama dengan robot??tukar nama la bean, jadi Optimus Bean hahaha~

  18. unlisted_one says:

    >Salam ziarah ya!Nasib baik ade tips2 ni,saya memang tengah ketandusan idea ni. at least, dapat la jgk klue mcm mana nak cari topik nak ditulis ni.

  19. AiZ says:

    >baru i tau u ni manusia… hikhik… ingatkan 1-robot… hikhik… entry ni best… pasni i buka surat khabar … hikhikkomen i punya entry gak ye.. klik bertubi-tubi kat sini >>You all nak header cantik dan pro? Let me design for you..🙂

  20. >part 2) BACA MEDIA MASA itu mengambarkan bhasa melayu anda A1.. hahaha.. nice info..😉 thanks bro!😉 gile bsar "share this" itu.. tumpang view page source ye.. ;p mau upgrade belog!😉 wink2..

  21. >oh jadi selama ni sifu bean manusia lah ye? selamat datang ke bumi.~ Kak Tash hepi bitday. :)~ woo, thank u bilet tambah ilmu ari ne.

  22. BeaN MorENo says:

    >eyriqazz – tak marah la pelik je…hak3

  23. BeaN MorENo says:

    >eyka – haah…wish dia cepat

  24. BeaN MorENo says:

    >adam – memang nak tukar nama dah ni…hak3

  25. BeaN MorENo says:

    >unlisted – hm,kita kongsi so boleh maju same2

  26. BeaN MorENo says:

    >aiz – half2 hak3…ok sat lagi saya komen

  27. BeaN MorENo says:

    >miss nora – hak3 BM saya a2 je…saja buat besar2 biar org nampak

  28. BeaN MorENo says:

    >billet – ilmu untuk dikongsi

  29. Matjoe says:

    >otak time b4 tido selalu ada idea beb. bgn2 hilang plaks😛

  30. BeaN MorENo says:

    >matjoe – haha…lain kali tulis note bro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s