>PAGI JUMAAT MEMANG BAGUS UNTUK MUHASABAH DIRI

>


Morning guys,hari ni saya publish entri awal sikit sebab aura task semakin berapi dan due date dia memang menyeramkan.Alangkah bestnya kalau dapat duduk rumah taip entri dan jadi blogger full time (tapi nak gaji RM3k sebulan…Boleh?). Datang2 saya dah kena check lab padahal time bekerja pukul 9 sekarang baru pukul 8.15.Kalau bab kerja nak cepat je tapi bab naik gaji alasan banyak.Ces!


Hari ni hari Jumaat dan macam yang kita tau hari Jumaat ni kita kena ambil segala berkat sebab ia adalah penghulu segala hari.Bukan saya nak tunjuk alim tapi itu lah hakikat yang terjadi sekarang.Kita asyik lupa & leka (bukan Lenka ye) dengan kehidupan kita sampaikan kita dah tak kenal siapa diri kita.Kita lupa dan kadang2 buat2 tak tahu yang kita ni cuma hamba yang tumpang muka bumi Tuhan.Asyik2 ingat yang kita ni berkuasa dan boleh buat apa saja yang kita suka.Kita tak pernah nak fikir apa yang orang lain rasa.Padahal orang lainpun manusia macam kita yang ada hati.

Ada ke kita fikir sebelum bercakap?Ada ke kita terfikir nak hormat orang lain dan ada tak kita terfikir kadang2 kita dah ambil hak orang lain dan ambil kebahagiaan orang lain hanya untuk senangkan diri kita?Kita tak pernah pun fikir.Apa yang kita selalu fikir ialah buat something untuk kepentingan sendiri (sendiri je mau untung).Tapi bila orang tak nak dengar cakap kita,kita marah dan buat tindakan kita tanpa fikir nasib orang yang kita tindas tu.Kita asyik berfikir yang kita ni je ciptaan paling sempurna dan kita je yang betul segala segi.Bila orang lebih sikit je dari kita,kita dengki dan mula buat something untuk tutup rezeki orang tu.Patut ke benda ni jadi?

Jadi tanyalah diri kita sendiri samada adakah kita ni terlalu bagus sampai boleh nak menghina orang lain?Memang kita adalah ciotaan Allah yang sempurna tapi pada zatnya kita cuma berjalan dan hidup kat bumi ni dengan zat yang dipinjamkan Allah supaya kita ingat kat dia dan sepatutnya kita tak boleh riak dengan pemberian tersebut.Oklah nak sambung buat report.Kalau sempat saya update nanti.Kalau tak sempat malam je lah ye…

p/s :
– Hidup ni sepatutnya kita share sama2 bukan hidup untuk diri sendiri
– Esok Gatsby nak kene pakai baju purple ke?Kalau saya nak pakai baju pink boleh?hak3…
– Gambar credit to Mr Google

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Blogging, Religion. Bookmark the permalink.

16 Responses to >PAGI JUMAAT MEMANG BAGUS UNTUK MUHASABAH DIRI

  1. Eyriqazz says:

    >Jom bro pakai baju pink..barulah jambu cam jai dan orang usha,…ushh…cari pantas mendapat publisiti ni bro…hik3…

  2. BeaN MorENo says:

    >MEMANG SAYA AKAN PAKAI PINK…HAK3…JOM ADA BERAN?

  3. helena's says:

    >pink?biar betul bean..nangis kang!hahaha

  4. kak ina kl says:

    >tanpa pertolongan kamu..tentu akak tak dapat byk camtu..ada org komplainlah pulak tak leh komen sebab di ganggu dek harder tu..

  5. Sakira says:

    >Ada rules kena pakai baju purple ker ?

  6. BeaN MorENo says:

    >CIKHEL – BETULLAH…JAMBU KAN

  7. ~ ReD ~ says:

    >rasa mcm xde rule pakai baju purple. hehe terus tgok emel balik kot ada rules termiss baca ke kan..😀

  8. BeaN MorENo says:

    >kak ina – hehe…saya tolong je…ye ke?nanti saya check balik

  9. BeaN MorENo says:

    >sakira – xdelah sape yang gi gath masa the mines je

  10. >ini entri muhasabah ke entri emosi , hahahak . mengade la kau , pakai ungu sudeh , hahahak

  11. Eyriqazz says:

    >serius ke ni bro?kalau ko serius,malam ni aku nak pi cari baju pink..seumur hidup blom pernah pakai baju pink..hak3..tapi coz event ni ingin juga buat kelainan dan hadiah buat isteri..hak3…

  12. BeaN MorENo says:

    >AUS – muhasabah diri lah…mana ada emosi…hak3

  13. BeaN MorENo says:

    >eyriqazz – betullah…saya pakai pink

  14. BeaN MorENo says:

    >red – xde lah saje2 je…hak3

  15. nasikputeh says:

    >erm dr fazilah kamsah kate lelaki elok pakai pink.

  16. BeaN MorENo says:

    >nasikputih – haah…itu memang betul…tapi kalau untuk bincang bisnes labih baik pakai biru sebab itu metafizikal term

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s