>
Selamat petang semua,cuba teka saya ada kat mana sekarang ni?Best,lepak kat sini…Saya bersiaran langsung dari umah blogger popular Haslina Harun.Kalau korang tak kenal silalah kenal2kan diri sebab “Kakak” ni sudah bertukar domain.Yaey!!!Tahniah Kak Ina dengan domain barunya.Apa yang bestnya ialah saya boleh buat macam rumah sendiri dan kak ina masak untuk saya…Sedap.Umpama Upin & Ipin nampak ayam goreng…hak3…
Oklah hari ni tersebarlah rahsia semua blogger dan ramai orang tau yang blogging boleh buat duit.Mesti lepas ni kakitangan kerajaan terutama askar berhenti kerja dan duduk rumah tulis blog.Yelah kalau tulis blog dah boleh buat RM10K buat apa lagi nak duduk office dan berkawad tengah panas.Betul tak?hak3…Habis siapa nak pergi berperang?
Redmummy sekali lagi masuk surat khabar dan headline dia “Jadi Mewah Tulis Blog”.Bila keluar je artikel tu ramai yang sibuk2 nak update blog padahal sebelum ni update setahun sekali (itupun just masukkan gambar raya).Lepas Redmummy keluar surat khabar je ramai blogger yang sibuk hias2 blog padahal sebelum ni template selekeh grunge je.Dan yang bestnya bila Redmummy keluar surat khabar ramai orang yang sebelum ni tak tau apa itu blogging dan bukak akaun blogspot semuanya sebab nak jadi macam Kak Red.
Semua orang nak jadi macam Kak red.Semua orang nak dapat duit macam Kak Red.Padahal dulu mengutuk blogger cakap buat blog itu sia2.Saya tak salahkan korang kalau korang ada impian nak jadi macam Kak Red sebab itu tak mustahil.Tapi sebelum korang berkata yang korang nak jadi macam dia adakah korang tau :
1) Apa yang dia dah buat sampai dia boleh jadi macam tu?
2) Berapa lama dia ambil masa untuk build & brand kan nama Redmummy?
3) Apa effort yang dia dah buat?
Apa yang orang nampak ada Redmummy sekarang adalah usaha dia yang tak pernah kenal erti susah dan masih berusaha sampai sekarang.Sanggup ke korang nak update sehari sampai 3 or 4 entri.Kalau tak sanggup so lupakan jelah eyh.Sebab orang yang update blog selalupun masih terkial2 nak dapatkan check dari Nuffnang.So kata kunci kat sini kalau korang nak jadi macam dia,korang kenalah buat apa yang dia buat sebab dalam blogging memang takde short cut.
Memang flow chart blogging akan jadi macam ni :
1) Budak sengal yang baru pandai taip entri
2) Blogger cap ayam yang blogwalk dan update entri untuk kasitau dia tu blogger
3) Blogger biasa yang sedang belajar Blog + Idea = DUIT
4) Blogger matang yang menaip entri,berkongsi dan mencari popularity
5) Blogger popular yang sentiasa bersama advertiser
6) Blogger hebat yang ada income
Kita memang kena lalu flow kat atas kalau kita nak jadi macam Redmummy.Kalau korang ada jalan pintas sila bagitau saya sebab sayapun nak try.Manalah tau berjaya boleh kaya sama2.Betul tak?Maka dengan akhirnya entri ni harap2 korang boleh berfikir apa yang patut korang buat.Sebab angan2 tanpa usaha memang takkan menjadi.So Stop Dreaming Without Action.
p/s :
– Congrats to Kak Red sebab berjaya buka mata umum
– Sayapun teringinlah jadi macam Kak Red yang berjantinakan lelaki.hak3
– Tips dari Kak Red boleh refer sini
Advertisements
>alamak.i tak tahu la i kat tahap mana.duh.
>haha…kita semua sama je…
>hye papa red!
>jard – papa sangat la ko nih
>Setuju gila dowh with the flow chart !I rasa I dah lepas fasa pertama. Fasa ke-2 and fasa ke-3 sedang dipraktikkan buat masa ini. Hehe š
>i pon nak jadik kak red version pink..kehkeh…huhu…
>tak kesah if bloggers nak jadi kaya melalui blog. tapi jgn la sampai taksub mencari duit di alam maya nih.sekian, pemerhatian aku ttg bloggers masa kini. haha..
>sakira – hehehe…ye ke?cubalah saya baru fasa 1
>ellis – hak3…boleh2 apa salahnya
>betul2 sebab bila taksub sangat maka kita akan hilang nikmat blogging.biar dia datang sendiri
>uncle bean, adam ni tahap baby lagi so tak masuk dlm kategori uncle tulis tadi hehe…adam tanak jadi redmummy, tapi adam nak jadi red power rangers! yeahu!
>redbean , hahahak .aku masih di tahap 1 , kekeke . hahaha .
>saya pon nak tukar domain bean..redbean//hahahaha
>dlm flowchart tu bean kat kategori mana.? hiks.. hokie, jumpa sabtu ni, kita xde partner oh.. š„
>adam – red power rangers takpe jangan kategory redtube eyh…hak3
>aus – ko dah hebat SEO skang…ko dah tahap 6 dah aus
>cikhel – apa kata cikhel letak domain cukhul.com
>emy – saya kat no 1 lagi…sedang merangkak
>kamu blogger lelaki yang pertama merasa masakan akak..dengan jujurnya sila beritau sedap ker idak akak masak!!!
>kak ina – memang sedap…esok saya datang lagi…hak3
>oohh..yelah untuk berjaya bukan sehari dua je kena usaha kan…erk..saya ni dah masuk flow chart yang mana ek..
>maslow hierarchy! š semua kena b'mula dari bawah! mula dari tulisan beso kcik dgn bermacam2 color dlu baru thu blogging tu best!!! š hahahaha.. pape pun, yang penting minat! š kn ??
>agak2 shaye kat no baper eh? š
>takkan aku nak jadi Kak Blue…tak sesuai….perjalanan ku masih jauh bean…hahhahaha… tetiba.
>mizzura – hehe…kalau blogging boleh buat duit dengan senang saya dah resign dah…hak3
>miss nora – ya betul!!!
>aku nak kalau boleh dua2, kaya dgn blogging, kaya dgn investment lain.ni entry terbaru aku niPublic Bank Gold Investment Account
>mau dengar dan lihat catatan orang yang telah berjaya dalam blogging
>nemo – owh saya bukan alat mengukur kehebatan…hak3
>kancil biru – income nuffnang ada terlebih sudah
>mat joe – ko rumah sewa dah banyak…
>iddinm – hak3 saya belom 100% berjaya…boleh kasi nasihat tak?
>thanks for the support to redmummy.com.:)certain facts dari article tu telah dibetulkan sendiri oleh RM dan boleh dibaca disini..http://redmummy.com/2010/04/14/selepas-rahsiaku-dibongkar-di-hmetro/GBM on behalf of RM
>ayu – haha…saya memang support kak red dari awal…