>BEST SANGAT KE YOUTHSAYS!!JAWAPANNYA BEST…

>

Morning guys,hari kedua bercuti memang best sebab rehat badan setelah dikerah sebagai pekerja “bangla” setiap hari.So bila cuti bolehlah saya rehat,tulis blog buat blogwalking dan usha2 job lain.Buat masa ni saya ada dapat satu job web design untuk kawan saya.Mungkin petang sikit saya akan jumpa dia and ambil detail.Yelah kene produktif sebab kalau nak harap gaji memang tak cukup sebab majikan selalu janji tapi bila time macam2 alasan.Lepas tu cakap saya tak buat kerja.Huh!So masa cuti ni memang saya akan guna full throttle untuk cari job luar.Yang best ada satu time diorang cakap saya buat kerja untuk KDU & jual data.Pergh tak logik langsung sebab saya bukan kerja Marketing mana lah saya ada data student.



Oklah pagi ni saya nak cerita pasal Youthsays.Yela saya asyik promote sikit2 sekarang ni saya nak promote grand sikit sebab benda ni memang best. Sepanjang 3 bulan saya guna Youthsays memang berbaloi walupun tak se“berbaloi” macam Nuffnang tapi saya puas hati lah.


Apa itu Youthsays?


Youthsays adalah satu komuniti belia yang banyak memberi manfaat kepada pengguna.Lebih kurang macam FB,Twitter dan blog.Kat sini kita boleh dapat kawan,boleh promote service dan boleh tambah income.Ada macam2 benda menarik yang kita boleh guna dalam Youthsays.Yang penting registerpun FREE je.So korang boleh la cuba benda ni kalau korang nak tambah income kan.


Apa ada kat dalam Youthsays :


1) PROFILE
Kat profile ni kita boleh check berapa ramai friend kita.Boleh set id FB ngan twitter.Boleh check income dan apa je kempen yang kita promote dan yang paling best boleh check point untuk tukar kepada barang2 yang ditawarkan. Senang kata kat profile ni kita boleh tau apa je yang kita dah pernah buat untuk youthsays termasuklah mengorat awek yang dah join Youthsays.hak3…

klik untuk tumbesaran sempurna

2) SURVEY
Kat dalam ni pun ada jugak survey.Terbahagi kepada dua.Satu berbayar dan satu tak berbayar.Kalau yang berbayar biasanya income akan dapat mengikut bilangan soalan.Lagi banyak soalan lagi besar nilai.Kalau yang tak berbayarpun ok jugak sebab lepas kita jawab survey kita akan dapat point (yelah kalau buat Free2 siapa yang nak join kan).Kepentingan survey ni ialah menentukan kempen untuk kita (uiks dah sama macam Nuffnang plak).

klik untuk tumbesaran sempurna

3) ADVERTISING
Yang ni semua orang suka.Sebab benda ni yang banyak menyumbang income ahli sebab dia lebih kurang macam Nuffnang yang mana bila orang klik,klik tu berbayar dan secara purata satu klik adalah RM0.20 (doposen pun duit apa). Tapi konsep dia ngan Nuffnang lain sebab Youthsays adalah link Ads di mana korang tak payah nak risau2 pasal status Gliterrati korang kat Nuffnang.Ni pun terbahagi kepada 2.Cash dan point.Biasa nya kalau Cash diorang akan letak commercial dan kalau poitn diorang akan letak community.

klik untuk tumbesaran sempurna

4) CAMPUS
Kalau yang ni pulak berguna untuk student kat IPT.Kalau korang nak buat event untuk kelas ke takpun fakulti tapi takde sponsor.Korang boleh advertise kat sini untuk cari sponsor event tu dengan syarat korang punya event tu bersesuaian dengan company yang nak sponsor tu.Kalau korang buat tigershow tak payah la advertise kat sini memang takkan dapat sponsor punya.Student jugak boleh guna benda ni untuk jadi ambassador dan promote barang2 advertiser/sponsor kat kolej dan akan dapat payment.

klik untuk tumbesaran sempurna

5) CONTEST
Kat bahagian kontest ni pun menarik sebab kita boleh guna point yang kita dah earn dalam youthsays untuk menang hadiah best2.Cara dia ikut bidaan.Bidaan unik terendah akan menang macam2 barang.

6) COMMUNITY
Kat dalam bahagian ni korang boleh jawab banyak soalan2 yang diajukan oleh ahli youthsays lain dan jawapan korang akan diberikan point untuk dikumpul.

7) SHOUT OUT
Bahagian ni korang boleh guna untuk tulis apa sahaja yang korang nak.Lebih kurang macam update status kat FB ngan Twitter.Korang jangan ingat update status youthsays kosong2 je.Bila korang update maka korang akan dapatlah point dari diorang.

Itu jela yang yang boleh saya cakap tentang komuniti Youthsays.Kalau nak tau lagi korang kena explore (bukan Celcom Explore ye itu dah takde jual kat pasaran).Sebab Youthsays memang best.Kalau nak income tambahan selain Nuffnang bolehlah try benda ni.

p/s :
– Jomlah try tak rugi pun kita cuba benda baru sebab benda ni memang best.
– Sesiapa yang ada laptop yang rosak atau nak upgrade or nak buat web design silalah bagitau ye.

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Article, Blogging, Macam mana nak buat duit online?, nuffnang, Nuffnang tu Apa?, Promote blog, Promotion, Twitter, Youthsays. Bookmark the permalink.

25 Responses to >BEST SANGAT KE YOUTHSAYS!!JAWAPANNYA BEST…

  1. ParkAir says:

    >menarik nih, tapi aku ni dalam kategori youth lagi ke, macam dah adult rasanya..

  2. BeaN MorENo says:

    >parkair – xdehal…boleh je…samalah kita berangan jadi youth…hak3

  3. CoretanCyber says:

    >wa nak cuba sklai…

  4. BeaN MorENo says:

    >coretan cyber – cubalah best…

  5. Sky0ne says:

    >aku dah lame join, tapi tak pernah gune pun youthsays ni…lepas baca entri ni, mcm semangat plak nak start aktif…

  6. naem says:

    >tpi camne nk cashout?..huhuhuu

  7. BeaN MorENo says:

    >skyone – jom kita aktif…benda simple je…so kalau kita buat kita dapat benefit dia…

  8. BeaN MorENo says:

    >naem – bila amount kita dah cukup RM50 dia akan notify kita samada nak cashout ataupun tak…kalau kta nak cashout dia akan guna check atau bank transfer

  9. Hizami Li says:

    >wah.mcm best je.;D

  10. BeaN MorENo says:

    >hizami li – try dulu baru tau best tak best…hak3

  11. Jieda says:

    >saya dah join youthsays ni sejak 10 bulan yg lalu.tak pernah nk amik port tetapi dengn kempen yang dtg dan membolehkan tambah income,semangat promote trus dtg berkobar-kobar

  12. BeaN MorENo says:

    >jieda – wah lamanya…patut dah boleh cash out dah kalau serius

  13. Eryati says:

    >wah..suka baca pasal ni…

  14. anys says:

    >good info… owg pun nak tau gak lebih lanjut tentang nih…dah la xtau apa2 pun..hehe

  15. >.huuuu malasnye nk maen youthsay neh.dah lame join, cume x aktif😦

  16. BeaN MorENo says:

    >Eryati – yeay!ada orang suka…thanks a lot

  17. >Should I prioritize my youth development work?I am a Christian and Pakistani. Christians are in minority and not a developed community. I want to initiate an NGO for youth development work. I want to work for all youth, but I want to give importance to Christian youth. Is it alright? Or I should change my plan and work for general youth: Muslim, Christian, Hindu etc.

  18. BeaN MorENo says:

    >anys – uiks xcukup eyh…hahaha

  19. BeaN MorENo says:

    >fateha – dulu tak best sekarang dah best dah…tak caya cuba login

  20. BeaN MorENo says:

    >naem – no problem

  21. >YOUTHSAYS!! da lama buat, tp lgsung x sentuh!! ;p sebab utama?? malas!😉 hahaha **ke sebab xthu ek??** hahahaha **malu nk ngaku kn?? ;p**

  22. BeaN MorENo says:

    >miss nora – kalau malas memanglah tak dapek den nak nolong,tapi kalau tak tau entri ni dah ajar…hak3

  23. cikkiah says:

    >dah join dah..hehe🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s