>-= MAC…CLINIQUE…CHANNEL…ARgH…=-

>

“Abang...boleh tak kalau pompuan tu pkai make up kuar umah…”
“Ntah eyh abang xtau la nak cakap sebab abang xamik course kuarkan fatwa…”

(ni lah dialog semasa saya tgh bawak kete balik dari umah mama semalam)

Tapi betul la jawapan saya…memang saya xtaupun kang saya cakap
salah dosa plak jadi ular dalam semak(ULARMAK…hahah)…xpun kalau
jadi ikutan xpasal2 saya jadi rasul melayu kedua lepas Rasul Kahar
(akhirnya ngakupun orang tua ni yang die sesat…dulu yeye je main ayat Quran).

So lepas saya siapkan keje saya,saya google kat net(memangla xkan kat radio kot)
pasal hukum berdandan dalam persepsi(pergh ayat Samad Said tuh) ISLAM…

Selepas membace bebrapa artikel yang sebahagiannya memeningkan
kepala IT Specialist yang hebat macam saya(yela dulu amik diploma
xdepun belajar bende2 ni mungkin kalau blaja kat UPM blajarla kot)
saya terbaca ada satu artikel yang saya boleh faham skit2…

Dalam web blog yang saya baca tuh die kata macam ni…

Pertama :
“Dalam ayat 33 surah al-Ahzab Allah memerintahkan wanita agar tidak
bersolek apabila keluar dari rumah tidak kira apa2 alasan sekalipun
walaupun bekerja.Dan isteri hanya boleh bersolek hanya dihapadan suaminya
iaitu hanya apabila berada di rumah sahaja…”

Kedua :
“Hijab atau tudung merupakan salah satu perhiasan wanita maka wajibla
seorang wanita itu mengenakan hijab menutup kepala sehingga di bawah
perhiasan mereka(faham2 sudah la eyh malas la nak tulis nnt terjadinya fitnah…che wah..)

Ketiga :
Rulullah SAW melarang muslimah keluar dengan mengenakan wangi-wangian
seperti mana yang pernah berlaku di zaman Baginda, ada seorang wanita keluar
rumah untuk memunaikan solat jemaah, tiba-tiba baginda terhidu bau wangi,
maka salah seorang sahabat mengkhabarkan kepada baginda bahawa yang mengenakan
wangian itu adalah seorang muslimah, dan wanita itu diperintahkan agar pulang
ke rumah walau pun alasannya untuk menunaikan solat”
(ni time solat tau bukan jenjalan..pun kene balik)

Keempat :
“Larangan Rasulullah SAW kepada kaum muslimah agar memakai pakaian yang
sempurna dengan tidak memakai pakaian yang terlalu ketat hingga kelihatan
bentuk tubuh badan, nipis, singkat dan jarang, kerana dalam hal ini Rasulullah ada
menegaskan bahawa mereka yang memakai pakaian seperti itu bagaikan bertelanjang
walaupun memakai pakaian.

So…dengan hujah2 di atas maka terjawab lah persoalan yang diajukan pada
malam semalam…Jadi makanya baby kenelah belanja abang makan pizzhut malam ni…

p/s :

– Hm…saya bukan guru agama mahupun cikgu matematik yang ditugaskan
untuk mengajar apa2 matapelajaran disekolah ataupun institusi pengajian
tinggi yang ada di Malaysia…Saya cume mencari dan berkongsi agar lebih
jelas nyata dan terang(jangan plak cakap saya ni penyembah TEKO besar
ataupun salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam Kerajaan Langit!!!)

– Berdandan xsalah cume jangan la pakai make up tebal bapak nye macam
nak pegi belakon dalam opera cine mahupun opera italy make up just nak
cover peluh je…ni tak sembur perfume dah macam bapak ada kilang perfume
xpun macam ada swiming pool Estee Louder(betul ke ejaan ni…ahahah)

– Banyak gurl sekarang pkai baju serupa macam berkemban…ikut suke je…
lain kali kalau nak tunjuk sgt bukak je terus xpayah nak pakai baju yang hanya
boleh buat saya tertanya2 apakah isi di dalam guni tersebut!!!ikhlas skitla
kalau nak kasi tgk…ahaha lagi senang…
Yela maklum la sekarang cuaca
panas beb so kene la bukak2(alasan diorang)

– Macam mana kite nak kurangkan kes rogol dan buang anak…Abis semua keluar
umah pkai kain langsir baju2 semua buat kain buruk…Rambut dah macam air kat
tangki umah semua ada besi karat…ahaha

***UPM – Univeriti Pondok Malaysia(bukan Universiti Putra Malaysia)

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Blogging, Islamic, Story. Bookmark the permalink.

2 Responses to >-= MAC…CLINIQUE…CHANNEL…ARgH…=-

  1. Lifesaver says:

    >nasib baik sy tidak memakai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s