>-= PeDoMAn IdUPkU =-

>

Hm…
Sampai saat nipun kite sebagai manusia masih xsedar apa pesan Nabi Muhammad
Yang kite ikut asyik2 pesan orang2 tua(PETUA) yang belum tentu sahih…
Saya sendiri pun sebenarnya xamik port dulu…
Pagi2 saya dikejutkan oleh satu entri yang betul2 membuka pintu hati saya..
Bukan takat pintu hati je…
Mungkin pintu syurgapun terbuka kot dengan keinsafan saya ni…InsyALLAH

Klah STTP…
Saya buat lawatan sambil merompak ke blog orang lain tetibe tergerak ati nak masuk blog nih…
SATAY KAJANG DAN KAJANG YANG KU KENAL
Ada 1 entri ni memang buat saya tersentuh…
Sebab selama sebulan ni saya cube mencari ..

– sape diri saya
– Mana arah tuju hidup saya
– Apa yang saya perlukan
– Kenapa saya masih begini

dan yang palin PENTING

– Keyakinan tahap MAXIMUM kepada Pencipta

Entri die macam nih :

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita” -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,ma ka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” –
Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiam at ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” -Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2” – Sahih Muslim

-= Jadi renung2kan dan selamat beramal =-

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Bloggers, Blogging, Metaphysic. Bookmark the permalink.

18 Responses to >-= PeDoMAn IdUPkU =-

  1. FaDLi says:

    >insaf sekejap ……

  2. Sheikh says:

    >dalam satu hadis lain… kata nabi “jika anak ku Fatimah yang mencuri… aku sendiri yang memotong tangannya “Itu la pemimpin yang bernama MUHAMMAD

  3. Ola says:

    >astaga..insaf aku d cni..

  4. BeaN MorENo says:

    >alhamduliilah…akhirnye aku dapat pahal untuk menginsafkan orang…

  5. miszsensei says:

    >salam…bgus entry ni… thanx

  6. kakyong says:

    >Ermmm…sememangnya hidup ini hanya sementara…

  7. >bguslah ko dah insap..hikhik..takut la bile pk sume2 ni..bekal pun tak cukup tapau agi ni..huuuuuu..

  8. BeaN MorENo says:

    >tulah…tupperware aku dari kecik sampai besar isinye sama jerk…tu yang tgh uhasabah diri…nak beli tupperware besar takut lauknye sikit plak…

  9. LifeSaver says:

    >Good! Mari lah sama2 kita fikir2 kan & amal2 kan~

  10. aH Lian~ says:

    >Alhamdulillah,saling berpesan2 kepada kebenaran!

  11. PJ selamba says:

    >rasa insaf je tak cukup…jom berubah!ingat…’even the smallest person can change the course of the future’

  12. BeaN MorENo says:

    >PJ – hang bagi aku sati idea untuk tulis entri ar…hehehe…time kasih…ah lian – berpesan2 dengan berbesan2 same ke???hahahalifesaver – igt status masing2 yerk…huhu

  13. SuFy says:

    >insyaallah, sama2 kita hayati motivasi ustaz bean moreno..smg keinsafan bukan hanya utk seketika..^_^

  14. SuFy says:

    >insyaallah, sama2 kita hayati motivasi ustaz bean moreno..smg keinsafan bukan hanya utk seketika..^_^

  15. aBe says:

    >Terima kasih Akh, informasinnya sangat bermanfaat sekali. Smoga menjadi hitungan amal ibadah buat ustadz bean moreno..

  16. LifeSaver says:

    >status apa en bean???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s