>MAUT Dah Sampe

>
Aduh dalam saya mencari kebenaran yang terselindung dalam kehidupan seharian akhirnya tuhan menemukan saya dengan satu cite yang sikit seram,sikit lawak,sikit tahyul,dan mungkin sedikit mempunyai kebenaran.Filem ni Arahan Bede (laki Erma Fatima).

Dalam Filem ni terdapat 3 kisah yang berkisat(alamat macam apek la plak…berkisar) tentang maut dan kematian…Walaupun ade beberapa faktor yang mungkin membolehkan mulut saya untuk berkata tentang ketahyulannya tetapi saya xnafikan filem ni mungkin akan membuka satu lembaran baru untuk keinsafan diri saya.

Apa yang tahyul :

– dalam cite ade satu babak di mana ia menggambarkan seksa neraka bagi seorang gurl yang melanggar hukum hakam Islam.Pada saya babak ini xsepatutnya dipaparkan.mungkin niat pembikin filem ni untuk menginsafkan penonton tetapi xpatutla kite menggambarkan apa keadaan sebenar kite cume boleh menginsafi dan mengetahui tetapi jgnla sampai membayangkan sebab kite xtau apakah itu benar2 seksaan.Walaupun ia tertulis dalam al-quran tetapi mungkin ada orang yang akan tersalah tafsir.

– Dalam cite ni jugak ada satu babak di mana salah seorang pelakon melakonkan aksi black metal yang xpercayakan tuhan.Bagi pendapat saya agama tidak perlu dipermainkan dalam filem.Unsur2 agama tidak sepatutnya disentuh secara mendalam dalam satu filem sehinggakan ada satu ayat berbunyi :

” Siapa yang tulis al-quran…Argh aku xpercaya bende2 tu semua”

Cube bayangkan sedangkan lafaz talak jika dicakapkan secara playingground(saje jek ataupun dalam BM main2) ia akan menjadi sah jatuh talak apakan plak soal agama…Cube renungkan ye…(kepada pembikin filem ni saya mintak maaf sekiranya kritikan saya agak skit menyakitkan tapi itu cume pendapat)

-Pastuh lagey satu mereka xmengkaji dunia underground kerana mereka xtau membezakan apakah itu punk,black metal,dan skinhead…Ada ke patut budak black metal kepala botak pakai seluar jeans ketat mcm skinhead,pakai baju exploited…(hati2 kalau kat luar boleh kene saman tau)

————————————————————————————————

Walaupun ada unsur tahyul bukan itu sebenarnya yang saya nak tonjolkan cerita ni memangla xbestpun(walaupun ada Liyana Jasmay) tetapi jalan cite die membuatkan saya terfikir sapekah diri saya di dunia…Ke mana arah tuju diri saya ni…Sampai bilekah saya akan melakukan dosa…Selepas menghantar tunang saya pulang saya menitiskan air mata tanpa tahu sebabnye…(mungkin byk dosa kot) dan saya akui telah banyak dosa2 besar yang saya lakukan sepanjang hidup saya..Dan apabile sya teringatkan cerite ini secara automatisnya saya sebak bukan kerana crita ini tetapi kerana mengenangkan dosa2 saya yang pernah saya lakukan.Ntah sampai bila la saya dapat menghindarkan diri daripada melakukan apa yang saya lakukan sekarang ni…Cume dengan doa saya memohon pada Allah supaya memberikan petunjuk dan hidayat kepada diri saya agar menjumpai jalan yang boleh merubah cara hidup saya yang penuh dengan keghairahan membuat dosa…

p/s:

– harap sesiapa yang membaca entri ni xkan kata saya ni poyo ke …koya(loghat pantai timur) ke…kerana sya sendiripun xtau kenapa tetiba hati terbuka untuk tgk n hayati cite ni…padahal saya sebenarnye xsukepun tgk cite melayu…

– Kepada semua bloggers yang membaca harap dapat doakan supaya saya nampak apa yang salah dan dapat memperbetulkan kesilapan dan dosa2 saya…

– Sayapun xtaula kenapa tetiba saya emo dan xtau nak buat lawak selepas tgk cite ni…

“Ya Allah kau bukakanlah hati hambamu ini untuk kembali kepadamu dan kau ampun kan lah aku kerana selama ini aku hanyut dan sering melupakan keujudan dan keesaan dirimu…Amin”

About suterablogger

Blogger biasa yang menulis ikut suka hati
This entry was posted in Blogging, Islamic, Movies, Story. Bookmark the permalink.

8 Responses to >MAUT Dah Sampe

  1. >aku pun suda tengok tdada ak tulis entry pasal ni jgtapi bukan komen serius cam ko laheee

  2. aH Lian~ says:

    >keinsafan itu datang dari Allah dalam cara yang berbeza-beza dandi saat kita tak terduga.tetapkan hati, kuatkan iman.InsyaAllah,pasti kita akan jumpa’jalan’ Hidayah-Nya~Amin.

  3. eworque says:

    >alhamdulillah.. nampaknye bean dah berubah..

  4. ayie_helena says:

    >bean dah insaf…wow!!dat was good…..keep it up bean/…ngee~~Moga tuhan memberkati kamu….

  5. ayie_helena says:

    >patutlaa bean dah jadi cam baek cket semenjak beberapa hari yang lalu..hikhik….

  6. LifeSaver says:

    >Lps tgk wayang dgn tunang..trus insap..bagus nye…esok2..jgn tgk wayang dgn tunang lagi ye..hik3

  7. BeaN MorENo says:

    >hehehe…kenapa plak…tgk wayang je bukan buat wayang…kitorang mok yong pun layan tau…sua puyeeee…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s